PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
PPDA SMK PENDETA ZA'BA
CIKGU FARID
Photobucket
mILZ Photobucket iKHA Photobucket aMAL Photobucket iKRAM Photobucket
nABIHAH Photobucket aFIQ Photobucket hAZIQ Photobucket aINAA Photobucket
aZRAI Photobucket hAJAR Photobucket iDZHAM Photobucket

Wednesday, 20 April 2011

Warga asing punca kes dadah meningkat


KOTA BHARU 19 April – Kes penyalahgunaan dadah di negara ini meningkat dengan ketara iaitu 25.58 peratus pada tahun lalu apabila merekodkan 157,765 tangkapan berbanding 125,620 tangkapan pada tahun sebelumnya.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, sehingga Mac lalu seramai 42,133 orang telah ditahan oleh pihak berkuasa di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Racun 1952 dan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983.
Beliau berkata, bilangan pengedar yang ditangkap pada tahun lalu juga meningkat kepada 3,700 orang dengan 499 daripadanya warga asing berbanding 2,955 orang dengan 225 warga asing pada 2009.
Jelasnya, dalam tempoh dua tahun lalu, seramai 413 warga Indonesia telah ditahan atas pelbagai kesalahan dadah sementara Myanmar pula seramai 570 orang, Thailand (660 orang) dan Iran (228 orang).
Katanya, kebanjiran warga asing ke negara ini merupakan antara punca kepada peningkatan kes-kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah.
“Tindakan perlu ditingkatkan untuk membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah. Dalam konteks ini, bukan sahaja pihak berkuasa dan kerajaan, semua lapisan masyarakat perlu terlibat sama kerana setakat pihak berkuasa sahaja tidak cukup,” katanya di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas melawat Klinik Cure & Care 1Malaysia Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan di Pengkalan Chepa di sini.
Terdahulu, beliau mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah peringkat negeri.
Abu Seman berkata, kebanyakan golongan terlibat dengan dadah berusia antara 18 hingga 40-an iaitu kumpulan usia produktif.
“Sekiranya ia tidak dikawal, keadaan bertambah parah dan ia akan merugikan serta memberi kesan tidak baik kepada negara kerana kerajaan sejak 1983 telah membelanjakan lebih RM2 bilion bagi menjalankan pelbagai program pemulihan melalui institusi, komuniti dan perubatan,” katanya.
Mengenai pengedaran dadah di negeri-negeri bersempadan, Abu Seman berkata, pihak berkuasa sentiasa meningkatkan kawalan di kawasan sempadan termasuk di perairan negara selain membanteras aktiviti pemerdagangan manusia


Sumber : Berita Terkini | News | Isu Semasa 

Friday, 1 April 2011

Carta Organisasi Sahabat PPDa - Petronas

pada beberapa hari yang lepas, ajk tertinggi Kelab Sahabat PPDa - Petronas, telah bekerjasama bagi menyiapkan cartaa organisasi ini. Kami menyiapkan dalam bilik kauseling, Peralatan sudah disediakan hanya kami yang perlu menyiapkan, AKhir sekali, setelah beberapa hari, barulah kami dapat menyiapkan carta tersebut dengan sempurna, Semua ahli telah bertungkus-lumus, Kami menggunakan alatan yang disediakan dengan sebaik-baiknya dan menggunakan idea-idea yang sangat kreatif,

Guru Penasihat : En Mohd FaridzakkiPn Sharifah NorashikinPn Noor Aizah
Pengerusi : Milzirwan Nashriq
Naib Pengerusi : Noor Zulaikha
Setiausaha : Ungku Nur Ainaa
Naib Setiausaha : Nurul Nabihah
Bendahari : Nurul Hajar
Biro Multimedia Nur Amalina
Biro Publisiti : Mohd Ikram
Biro Pengantaraan : Amirul Afiq
Biro Ilustrasi : Muhd IdzhamMohd HaziqMohd Shahrul Azrai

p/s ; sila klik ke nama -nama mereka untuk terus Link ke Facebook(FB) mereka. terima kasih

                   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...