Friday, 27 May 2011
Kesan-kesan Buruk DADAH
1. Merosakkan sistem saraf pusat (otak & saraf tunjang) .
2. Dalam keadaan mabuk atau khayal , penagih tidak dapat mengawal pergerakandan perimbangan badannya .
3. Risiko jangkitan HIV/AIDS , Hepatatis dan Sawan apabila menggunakan alat suntikan yang dikongsi .
4. Kesan ke atas wanita mengandung iaitu seperti keguguran , kelahiran bayi songsang , lahir belum cukup bulan , kematian bayi semasa lahir /melahirkan bayi yang tidak sempurna/cacat .
5. Melemah dan merosak daya pemikiran , pemahaman , percakapan , pengiraandan kebolehan menyelesaikan masalah .
6. Menyebabkan gangguan emosi dalam kehidupan keluarga dan masyarakat .
7. Peningkatan kes-kes sosial dan jenayah seperti budaya samseng , kecurian , rompakan , rogol , pembunuhan dan sebagainya . Ini adalah kerana penagih sebenarnya telah mengalami kerosakan otak dan mampu atau sanggup melakukan apa sahaja demi ketagihan mereka kepada dadah .
8. Membawa maut kepada : -
a. Diri sendiri
Contohnya :
Akibatnya daripada pengambilan dos yang berlebihan .
b. Ahli keluarga
Contohnya :
Ibu , kerana tindakan ganas/luar kawalan penagih kerana memerlukan wang untuk membeli dadah .
c. Orang awam
Contohnya :
Kemalangan akibat memandu di bawah pengaruh dadah
Sunday, 22 May 2011
Tuesday, 17 May 2011
Wednesday, 11 May 2011
PEMADAM
APA ITU PEMADAM
|
Saturday, 7 May 2011
Sebab-sebab Seseorang Mengambil DADAH!
- Kerana ingin tahu .
- Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba .
- Kejahilan atau menerima penerangan yang silap mengenai bahaya akibat dari penggunaan dadah .
- Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan .
- Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir .
- Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga , kematian ibu bapa , dan sebagainya ) .
- Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan .
- Fikiran yang tidak tenteram (Neurosis) . .
- keseronokan dan rasa ingin mencuba untuk merasa dirinya rasa sendiri .
- tidak mengetahui tetapi sebenarnya bahan bahan itu merbahaya .
- pengaruh kawan supaya dapat menyesuaikan diri dengan kumpulan yang mereka tubuhkan .
- mencari ketenangan jiwa kerana terlibat dalam sesuatu masalah kehidupan .
- menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya .
- untuk menghilangkan kerunsingan yang disebabkan oleh desakan ibubapa meraka .
- tidak menggunakan masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah .
- masalah dan tekanan rumah tangga .
- kemesraan diantara ibubapa dan anak anak.
- keinginan untuk berlagak dengan cara hidup yang lebih tinngi daripada yang termampu olehnya dengan
- cara menjadi pengedar dadah .
- Untuk mengelak dari kenyataan hidup . Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu :
b) Golongan kaya yang ingin melarikan diri dari masalah emosi .
Wednesday, 4 May 2011
Angensi AntiDadah Kebangsaan
Sejarah AADK
Pada 17 Februari 1996, Kabinet telah meluluskan penubuhan Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) dengan menggabungkan Pasukan Petugas Anti Dadah (PPAD) dan Bahagian Rawatan dan Pemulihan (BRPD) sebagai sebuah organisasi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN), Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan (MDK) yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Dalam Negeri dan bertanggungjawab kepada semua aspek tindakan anti dadah negara.
Peranan AADK
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Bidang Tugas AADK
Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
Peranan AADK
Untuk menentukan segala usaha negara memerangi ancaman dadah berjalan secara terancang, berarah dan selaras demi mewujudkan satu masyarakat yang bebas daripada dadah.
Bidang Tugas AADK
Bidang tugas Agensi AntiDadah Kebangsaan adalah seperti berkut :-
- Melaksanakan program pencegahan
- Melaksanakan program rawatan dan pemulihan Meningkatkan sistem maklumat dadah dan menilai keberkesanan program anti dadah negara
- Meningkatkan kerjasama serantau dan antarabangsa dalam usaha memerangi ancaman dadah
- Memberi khidmat urusetia kepada Majlis Dadah Kebangsaan
Agensi AntiDadah Kebangsaan juga ditubuhkan di peringkat Negeri, dan Daerah. Pengarah ADK Negeri adalah bertanggungjawab kepada Ketua Pengarah ADK manakala Pegawai ADK Daerah bertanggungjawab kepada Pengarah ADK Negeri.
VISI
Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah
MISI
Agensi Utama Memerangi Dadah
OBJEKTIF
Masyarakat Malaysia Bebas Dari Dadah
MISI
Agensi Utama Memerangi Dadah
OBJEKTIF
- Mencegah seseorang dari terlibat dengan dadah
- Merawat dan memulih penagih dadah
- Mencegah penagihan semula
- Membanteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah
Menghapuskan permintaan dan bekalan dadah dalam negara melalui:
- Pencegahan
- Rawatan dan Pemulihan
- Penguatkuasaan
- Kerjasama Antarabangsa
1. Mendukung visi dan misi Agensi Antidadah Kebangsaan sebagai satu amanah
2. Menolong penagih dadah secara profesional berlandaskan keperluan sebagai insan yang mempunyai maruah dan harga diri
3. Peka terhadap perkembangan masalah dadah semasa dan memastikan pembangunan diri secara berterusan
4. Berkerjasama dan berurusan secara profesional dan
5. Menghormati dan mematuhi arahan dengan jujur dan ikhlas
KREDIT : Angensi AntiDadah Kebangsaan
Peranan Untuk Mewujudkan Generasi Tanpa DADAH!
Individu
Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka .
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .
Guru

Individu
Setiap individu perlu mengetahui maklumat-maklumat mengenai dadah melalui apa jua cara pun agar mereka benar-benar memahami tentang bahaya dadah kepada diri dan juga orang di sekeliling mereka .
Ibu Bapa
Ibu bapa perlu melengkapi diri dengan ilmu pengetahuan dan kemahiran yang boleh membantu mereka mendidik anak-anak dengan sempurna agar tidak melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah .
Guru
Setiap masa , para guru perlu mengingatkan para muridnya agar tidak melibatkan diri dengan dadah .
Pemimpin Masyarakat
Pemimpin masyarakat termasuk tokoh agama perlu sentiasa mencari jalan supaya semua anggota masyarakat berganding bahu , sepakat dan sekata untuk bersama-sama membasmi dadah . Hanya pemimpin yang benar-benar komited dengan masalah ini akan berjaya dalam membentuk generasi tanpa dadah .
Majikan
Pihak majikan sekurang-kurangnya mengadakan pemeriksaan ujian air kencing sebulan sekali terhadap pekerja-pekerjanya bagi memastikan tempat kerja mereka bebas daripada dadah .
Pekerja
Pekerja-pekerja memberi kerjasama sepenuhnya kepada majikan mereka sekiranya diminta menjalani ujian air kencing untuk memastikan mereka tidak terlibat dengan dadah .
Belia
Para belia perlu menyedari bahawa diri mereka merupakan orang harapan untuk memimpin negara pada masa depan . Oleh itu , mereka perlu membuat persediaan diri untuk memikul tanggungjawab ini .
Pelajar
Para pelajar menguatkan diri mereka untuk tidak melibatkan diri dengan perkara-perkara yang boleh melibatkan diri mereka dengan penyalahgunaan dadah . Slogan ‘Katakan Tidak Kepada Dadah’ perlu dijadikan satu pegangan hidup kepada para pelajar .
Media Massa
Pihak media berperanan unmtuk menyebarkan pelbagai maklumat mengenai penyalahgunaan dadah memandangkan media massa merupakan alat sebaran am yang paling utama dan bahan yang muda didapati oleh pelbagai lapisan pembaca .
Pertubuhan Sukarela
Pertubuhan sukarela yang melibatkan diri dalam membentuk genarasi tanpa dadah perlu menyumbangkan masa , tenaga dankadangkala wang ringgit untuk mencapai misi ini . Mereka perlu bersedia untuk menempuhi segalan apa cabaran memandangkan tugas untuk membasmi dadah adalah sesuatu yang berat untuk dilakukan .
Belia
Monday, 2 May 2011
Jenis-jenis DADAH!
HEROIN
Definasi
-Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin. Dihasilkan dari Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.
Jenis/Bentuk
Bes Heroin , Heroin No.3 , Heroin No.4 , Brown Heroin , Heroin Black Tar
Nama Lain
Big H , Dope , Smack , TNT
Cara Penggunaan
Menguntik , Menghidu
Ciri-ciri penagih
Mata dan hidung berair , mengantuk , mudah marah dan resah , pertuturan tidak jelas , cemas , takut , sunggul
KETAMIN
Definasi
Sejenis ubat bius untuk haiwan . Kebelakangan ini , ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari-menari atau raves .
Jenis/Bentuk
Serbuk putih , kristal , cecair , pil
Nama lain
“K” , Special K , Vitamin K , Kit Kat
Cara penggunaan
Dihisap melalui hidung , campur dalam minuman
Ciri-ciri penagih
Berada di bawah kesedaran yang rendah , mengubah , deria pendengaran , sentuhan , bau , rasa dan penglihatan sehinggan kurang sedar tentang masa dan identiti diri , boleh bertindak ganas , hilang keseimbangan badan , mual dan muntah-muntah
ECSTASY/MDMA
Definasi
Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine . Kerap kali dicuba dan diguna oleh muda-mudi sebagai dadah seronok di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam , MDMA juga adalah dadah psychoactive .
Jenis/Bentuk
Pil dengan pelbagai warna dan simbol
Nama lain
Pil Khayal , Pil goyang kepala , YAMA , YABA
Cara penggunaan
Menelan , campur dan minuman
Ciri-ciri penagih
Gembira & terlalu cergas , berpeluh berlebihan , kuat becakap , boleh melayan muzik yang kuat & goyang kepala , tindak balas terlalu cepat , hilang selera makan , mudah marah & resah , halusinasi , cemas dan takut , mulut kering , tidak boleh tidur
MORFIN
Definasi
Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.
Morfin mentah : didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan bertanda ‘999′ . Mengandungi 70% – 90% morfin hidroklorid dan setelah dihancurkan menjadi serbuk putih dipanggil Heroin No.1
Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu danmengandungi peratus morfinnya 60% – 70% . Berbau seperti candu dan berupa seperti serbuk kopi .
Pil Morfin : Mengandungi Morfin Sulffat . Berwarna putih atau coklat pucat.
Jenis/Bentuk
Morfin Mentah , Bes Morfin , Pil Morfin
Nama lain
M.Tab , White Sulfat , Monkey , Dreamer , Morphan
Cara Penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Hilang selera makan , tindak balas lambat , kecacatan keseimbangan , pertuturan tidak jelas , sembelit , halusinasi , mengantuk , cemas
CANDU
Definasi
Dihasilkan daripada buah popi muda .
Candu mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda . Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah .
Candu masak : candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat . Berwarna coklat hitam .
Tahi candu : sisa bakaran atauarang candu masak yang telah dihisap .
Jenis /Bentuk
Candu mentah , candu masak , tahi candu
Nama lain
Shollboy , Black Stuff , Opium , Mandat , Pen Yeh , “O” , Tar
Cara penggunaan
Menyuntik , menelan
Ciri-ciri penagih
Pernafasan perlahan , rasa pening dan keliru , mual dan muntah-muntah , cirit-birit , hilang selera makan , sunggul
GANJA
Definasi
Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp . Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400 jenis bahan kimia dan THC ( Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang mengkhayalkan . Menghisap sebatang ganja menyebabkan THC terkumpul dalam sel badan selama 7 hari dan dikeluarkan semua secara fisiologi normal dari tubuh antara 4-6 minggu . Menghisap ganja secara berterusan selama 1 minggu atau sebulan akan menyebabkan THC sentiasa terkumpul dalam sel badan .
Jenis/Bentuk
Seperti daun kering dan dimampat
Nama lain
Grass , pot , Marijuana , weed
Cara penggunaan
menghisap
Ciri-ciri penagih
Sering mengantuk/mata merah , kegembiraan & terlalu cergas/ketawa , mudah marah dan resah , cemas/takut/hilang pedoman , kuat cakap dan kuat makan , kecacatan perimbangan , yuforia dan sunggul
SYABU
Definasi
Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan . Dalam aspek perubatan , syabu didapati tidak mempunyai apa-apa kegunaan perubatan . Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal , diikuti dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit .
Jenis/Bentuk
Kaca/kristal , pecah , serbuk halus spt tawas
Nama lain
Ice
Cara penggunaan
Menggunakan peralatan yang hampir sama dengan penghisap candu
Ciri-ciri penagih
Yakin pada diri sendiri , bertenaga & cergas , boleh berjaga 2-3 hari tanpa tidur , tingkah laku agresif , tindak balas terlalu cepat , mata dan hidung berair , mual dan muntah-muntah , hilang selera makan
Sunday, 1 May 2011
Mengikis & Mengecat ruangan PPDA
pada 22-23 april lepas, ahli PPDA, kauseling dan beberpa para pelajar telah bekerjasama dalam mengikis dan mengecat ruangan PPDA bg mencantikkan ruangan tersebut, kami telah bekerjasama dengan tidak kira lelaki atau perempuan dan tidak kira umur, beberapa guru penasihat juga turut terbabit dalam menjayakan aktiviti ini, tengkiu kpd sspe yg tlah mmbantu secara lansung dan tidak lansung , okay, so. ini adalah antara gambar yang telah diambil dan dia masih amateur lagi.compact aje.~

Subscribe to:
Posts (Atom)