PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
PPDA SMK PENDETA ZA'BA
CIKGU FARID
Photobucket
mILZ Photobucket iKHA Photobucket aMAL Photobucket iKRAM Photobucket
nABIHAH Photobucket aFIQ Photobucket hAZIQ Photobucket aINAA Photobucket
aZRAI Photobucket hAJAR Photobucket iDZHAM Photobucket

Thursday, 30 June 2011

KESAN DAN TANDA PENGARUH DADAH SYABU PADA TUBUH


SYABU dadah rekaan, Amphetamine Type Stimulant (ATS) dikenal pasti punca utamapeningkatan kes jenayah termasuk bunuh, rompak dan rogol ini di kalangan generasi muda. 

KESAN SYABU (DADAH JENIS PERANGSANG)
tidak mempunyai rasa takut dan belas kasihan terhadap mangsa ketika melakukan jenayah termasuk membunuh- bertenaga, bersemangat dan penuh emosi secara sementara ( PERCUBAAN KALI PERTAMA)- penagih akan menghadapi keseksaan termasuk gian, mengalami masalah kesihatan dan mental seperti delusi, halusinasi atau sakit mental 

KENAPA PERLU BERHENTI SYABU? 
 Kesan halusinasi adalah seperti mendengar suara asing atau merasa orang mengutuk dirinya delusi adalah berprasangka, merasakan ada orang ingin menganiayainya selain mempercayai isterinya curang,Strok Saluran darah pecah,Tekanan darah tinggi, Lumpuh, Jantung, Menghilangkan nafsu seks, Sakit emosi dan otak menjadi lembap. Sakit jiwa, Kemurungan melampau sehingga mampu membunuh diri. 
  

TINDAK BALAS SYABU DALAM BADAN 
Kesan euphoria iaitu keseronokan akibat syabu, individu itu akan mengambil dadah itu secara berterusan bagi terus merasai kesannya sehingga menyebabkan ketagihan.
Kesan seronok akibat dadah ini lenyap sebelum kandungan dadah berkurangan dalam darah dan penggunanya akan cuba meneruskan kesan khayal dengan penggunaan dadah itu secara berulangkali.Pengguna mengambil dos lebih dan berulang untuk meneruskan kesan khayal yang dialaminya.Pengguna tidak makan atau tidur tetapi pada masa sama terus menyuntik dadah ini sehingga satu gram setiap dua dan tiga jam dalam jangka masa beberapa hari sehingga bekalannya habis atausehingga mereka tidak berupaya meneruskannya.Syabu tidak perlu diambil setiap hari berbanding pengambilan heroin. Cukup sekadar dua kalidalam seminggu dan ia boleh membuatkan pengguna ketagih dan memudaratkan.  Kesan khayaldan keseronokan dipercayai akibat rangsangan terhadap dopamine iaitu penghantar neuron keotak yang bersifat perangsang. Syabu perlu diambil berterusan bagi terus merangsang dopamine.Jika penagih berhenti mengambil syabu, kadar dopamine dalam otak berkurangan sehinggamencetuskan pelbagai masalah kesihatan dan mental. Bagi mengembalikan dopamine kepadakadar normal seperti manusia biasa, ia memerlukan rawatan dan meninggalkan syabu selamasetahun.Tiada jalan keluar yang selesa sekiranya seseorang sudah terjebak dengan syabu kerana sebaik menagih dadah itu, sama ada untuk berhenti atau meneruskan penagihan, mereka perlumenempuh jalan keseksaan.

TANDA PENGARUH SYABU PADA TUBUH BADAN
Mental dan emosi: Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri, gelisah,cepat marah, gementar, kebingungan, fikiran terganggu dan boleh bersifat ganas. Pada dos yangtinggi menaikkan suhu badan kepada tahap membahayakan, mengakibatkan sawan dan akhirnyamaut.Kepala: Mulut kering, berpeluh berlebihan, anak mata menjadi besar, menggeletar dan sakitkepala, dopamine pada otak kurang aktif, urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.Fizikal: Pengguna tidak tidur selama tiga sehingga 15 hari, hilang selera makan dan berat badanmenurun, berpeluh, pucat, pengabaian kesihatan diri, badan berbau, gigi kekuningan, berparutdan luka di badan. Kudis jelas kelihatan akibat pengguna syabu menggaru kulit untuk menghapus bayangan serangga yang disangka berada pada kulitnya. Kurang daya tahan melawanpenyakit akibat pengabaian kesihatan. Lumpuh.Saraf: Kerosakan pada sistem saraf dan otak boleh menyebabkan gejala seperti penyakitParkinson (dengan gangguan pergerakan anggota badan) dan penyakit Alzheimer (dengan fungsiotak menjadi lemah dan nyanyuk 
Jantung dan salur darah: Kerosakan pada jantung akibat degupan kencang, tidak menentu dantekanan darah meningkat hingga mengakibatkan sakit jantung dan maut. Saluran darah pecahakibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.Perut dan sistem penghadaman. Mengalami gangguan saluran makanan dan kebuluran berlanjutan sebab tidak makan ketika pengambilan syabu; bahan toksik dalam dadah yang dicampur dengan bahan lain menyebabkan gangguan kepada perut dan sistem penghadaman.Sistem peranakan (wanita): Pengambilan syabu ketika mengandung akan menjejaskan pembentukan bayi, kelahiran sebelum cukup tempoh atau keguguran; bayi dilahirkan adalah kecil, terlalu aktif, mudah gelisah dan dikhuatiri mengalami masalah mental dan tumbesaran.Sistem seksual: Sistem seksual terganggu.

Friday, 24 June 2011

Kaedah berhenti merokok

     Merokok bukanlah satu tabiat tetapi menyebab penyakit kronik. Apabila melihatkan kesan-kesan buruk rokok terhadap tubuh badan, sudah pasti ada yang ingin berhenti merokok, badan anda akan mula-mula pulih secara spontan. Paras karbon monoksida dan nikotin dalam system badan anda akan turun secara mendadak, dan jantung serta paru-paru anda akan membaikpulih kerosakan yang disebabkan oleh penghisapan rokok.
 Jika perokok itu mahu berhenti merokok, terdapat lima perkara yang boleh mereka lakukan.
1.      Bersedia
2.      Dapatkan sokongan dan galakan
3.      Pelajari kemahiran dan teknik.
4.      Dapatkan ubatan yang bersesuaian.
5.      Bersedia untuk hadapi situasi kesukaran dan pengulangan.

   Berikut adalah kaedah yang boleh dipraktikan untuk berhenti merokok:

  1. Cold Turkey
Berhenti secara “cold turkey” bermaksud berhenti tanpa apa-apa rawatan. Sesetengah orang melakukannya dengan mengurangkan kuantiti putung rokok yang dihisap setiap hari secara perlahan-lahan. Sesetengah orang pula terus berhenti merokok mulai tarikh tertentu yang ditetapkan. Untuk percubaan awal, kebanyakkan perokok akan menggunakan cara ini, tetapi hanya 10 peratus daripada golongan ini yang benar-benar berjaya.

  1. Ubat-ubatan preskripsi
Di Malaysia, terdapat pelbagai rawatan untuk mengurangkan gian rokok tanpa penggunaan nikotin. Secara amnya, rawatan seperti berfungsi dengan cara seumpama nikotin mempengaruhi otak anda, iaitu mengurangkan gian rokok atau menghentikan kesannya. Kedua-dua jenis rawatan ini dapat diperolehi melalui preskripsi doktor.
            Segala perubatan mempunyai kesan sampingan, jadi adalah mustahak bagi anda untuk mendapat nasihat doktor untuk memastikan rawatan itu sesuai untuk anda. Harus diingat bahawa jika anda sedang menerima rawatan jangka masa panjang seperti penyakit ginjal, anda harus memberitahu doktor anda kerana rawatan-rawatan mengawal gian rokok ini mungkin tidak sesuai untuk anda.

  1. Terapi Gantian Nikotin (NRT)
            Terapi ini membekalkan badan anda dengan sukatan nikotin yagn sekadar cukup untuk mengurangkan gian rokok, tanpa kesan-kesan mudarat tar dan karbon monoksida daripada asap rokok, yang merupakan penyebab utama kanser dan penyakit kardiovaskular. NRT telah dibuktikan dapat menggandakan peluang menangani tabiat merokok berbanding dengan keazaman sahaja. Walaubagaimanapun, penggunaan NRT sahaja adalah tidak memadai. Anda juga memerlukan keinginan dan keazaman yang kuat. Dengan keazaman yang kuat beserta penggunaan NRT, anda pasti dapat berjaya membuang tabiat merokok. Memandangkan tahap ketagihan tembakau setiap perokok adalah berbeza, jadi NRT menyediakan suatu siri produk yang lengkap seperti Tampalan NRT, Gam NRT dan Alat Sedutan NRT yang dapat dibeli secara langsung dari ahli farmasi tanpa preskripsi doktor juga dapat diperolehi dari hospital-hospital kerajaan dan juga klinik-klinik swasta. NRT membekalkan suatu siri produk yang lengkap untuk memenuhi permintaan para perokok memandangkan setiap perokok adalah unik dengan tabiat  merokok yang berbeza. Jadi, anda pasti dapat mencari satu jenis produk NRT yang paling bersesuaian untuk anda dengan nasihat dari ahli farmasi dan penyedia perkhidmatan CSCSP (Certified Smoking Cessation Service Provider) anda.

Individu yang tidak boleh guna NRT
             Perokok boleh menggunakan NRT sebagai cara untuk berhenti merokok. Namun begitu perokok tidak digalakkan menggunakan terapi NRT sekiranya;
  • Anda sedang atau bercadang untuk menyusukan anak dengan susu badan.
  • Anda mempunyai penyakit jantung dan simptom-simptom debaran jantung yang tidak normal (denyutan jantung yang cepat dan tidak sekata dan angina).
  • Anda diserang penyakit jantung atau strok kebelakangan ini.
  • Anda mempunyai masalah kulit yang berpanjangan seperti psoriasis atau dermatisis.
  • Anda bukan perokok dan hanya merokok sekali-sekala.

 Credit : emas Sabah

Thursday, 23 June 2011

Petua 10 M dan Kaedah Untuk Berhenti Merokok.

Petua 10 M 
1. Melengah-lengah tabiat menghisab
2. Minum banyak air
3. Menarik nafas panjang
4. Membuat sesuatu
5. Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
6. Mengunyah sesuatu
7. Membasuh tangan
8. Mandi dengan kerap
9. Melakukan senaman rengangan
10. Memohon doa



GUNAKAN KAEDAH YANG BETUL UNTUK BERHENTI MEROKOK
1. Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
2. Yakinkan diri
3. Buat nota peringatan
4. Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok"
5. Sentiasa berfikiran positif
6. Dapatkan sokongan
7. Lawan keinginan untuk merokok
8. Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai
9. Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok



Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri:-
1. Melahirkan bayi yang kurang berat badan
2. Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan
3. Lebih terdedah kepada kanser
4. Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal
5. Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok : 


Kesan Asap Rokok Terhadap Anak:-

1. Lebih mudah mendapat lelah
2. Mendapat jangkitan paru-paru
3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu
4. Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelak
5. Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

SAYANGILAH ORANG YANG BERADA DI SEKELILING KITA YA

Monday, 20 June 2011

11 SEBAB BERHENTI MEROKOK

Ramai berkata mengatasi ketagihan rokok jauh lebih payah dari berhenti menagih dadah. Perkara ini diakui pakar perubatan dan bekas penagih. Walaupun tahu merokok membahayakan kesihatan seperti menyebabkan kanser paru-paru dan mulut dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD), tetapi ramai yang tidak mampu melawan pengaruh nikotin ke atas otak.
Jika anda perasan, antara garis panduan umum untuk mengelakkan penyakit atau mengekalkan kesihatan yang diberikan mana-mana doktor ialah berhenti merokok. Ini kerana merokok boleh menjadi agen perangsang kepada pelbagai masalah kesihatan dan penyakit kronik.
Mungkin hanya perokok saja yang tahu kemanisan merokok. Secara rasionalnya kita masih tercari-cari di mana manisnya merokok terutama di kalangan wanita. Tanpa sedar ia bukan saja membakar wang dan kesihatan tetapi turut menyebabkan gigi kuning dan berkarat – yang mencacatkan kemanisan senyuman!
Selain itu ada lebih 10 sebab mengapa anda perlu berhenti merokok. Masih ada masa untuk menyambut tahun baru dengan perubahan positif yang memberi manfaat kepada semua orang terutama diri sendiri dan orang tersayang.
Alzheimer - Merokok menyebabkan fungsi otak merosot 5 kali lebih cepat terutama bagi perokok berumur. Berdasarkan kajian ke atas 9,200 perokok lelaki dan wanita berumur 65 tahun ke atas yang disiarkan dalam jurnal Neurologi, didapati fungsi otak perokok merosot lebih cepat walaupun mereka tidak mempunyai sejarah keluarga mengalami masalah dementia (nyanyuk).
Bagaimana ini boleh berlaku? Merokok memberi kesan kerosakan berpanjangan terhadap salur darah, menyebabkan darah boleh membeku yang meningkatkan risiko serangan strok dan kemerosotan daya ingatan.
COPD dan kanser paru-paru – Satu-satunya punca kepada dua penyakit kronik ini ialah rokok. Risiko penyakit ini boleh dikurangkan dengan berhenti merokok seawal mungkin. Perokok tegar yang merokok sejak muda akan mengalami kerosakan paru-paru yang lebih teruk dan sedihnya kerosakan ini tidak boleh dipulihkan. Ada banyak kes pesakit terpaksa bergantung kepada bekalan gas oksigen untuk bernafas yang perlu dibayar dengan harga mahal sedangkan kita sememangnya dikelilingi oksigen percuma!
Kanser mulut – Banyak kajian menunjukkan antara punca utama kanser mulut ialah merokok selain tabiat makan sirih. Risiko kanser mulut akan hilang jika anda berhenti merokok dan semua masalah lain seperti ulser juga akan sembuh.
Lupus – Sistemik Lupus Eritematosus atau lupus adalah penyakit auto imun di mana sistem imun tersilap tafsir dan menganggap badan sendiri sebagai bahan asing yang perlu dihapuskan. Ini adalah penyakit auto imun yang kronik dan boleh mengakibatkan keradangan, kesakitan dan kerosakan tisu badan.
Penyelidik Universiti Harvard mendapati perokok mempunyai risiko yang agak tinggi untuk mendapat lupus. Ini bukanlah penemuan yang menghairankan kerana asap rokok mengandungi lebih 4,000 jenis racun yang boleh menukar mana-mana fungsi badan termasuklah sistem imun. Bagaimanapun risiko ini boleh dihilangkan dengan berhenti merokok.
Sindrom bayi mati mengejut (SIDS) - Kajian yang dijalankan penyelidik Eropah ke atas 2,400 bayi mendapati daripada 745 kes SIDS, kurang daripada separuh (50%) kematian disebabkan bayi tidur meniarap atau mengiring. Hampir 16 peratus kematian dikaitkan tidur bersama ibu terutama yang merokok dan risikonya dikatakan 17 kali ganda lebih tinggi.
Bayi alami masalah sakit perut - Pendedahan kepada asap rokok boleh meningkatkan risiko masalah kolik atau sakit perut. Inilah rumusan dari lebih 30 kajian di seluruh dunia. Masalah sakit perut bermula beberapa minggu selepas bayi dilahirkan dan kes paling tinggi dicatatkan apabila bayi berumur lima hingga lapan minggu yang boleh berlarutan sehingga umur mencapai empat bulan.
Asap rokok boleh menaikkan paras hormon dalam darah dan usus yang dipanggil motilin. Hormon ini akan membuat pengecutan otot perut dan usus menjadi laju – yang secara tidak langsung mempercepatkan pergerakan makanan. Inilah sebabnya bayi boleh mengalami sakit perut dan berasa tidak selesa.
Risiko mati pucuk - Pasti ada perokok yang mendakwa walaupun kuat merokok, mereka tetap ramai anak. Itu bagi perokok yang bertuah dan anda perlu bersyukur dikurniakan cahaya mata. Kurniaan itu seharusnya dipelihara sebaiknya dengan tidak mendedahkan anak-anak anda kepada racun asap rokok.
Prestasi di bilik tidur memang penting bagi lelaki dan untuk mengekalkannya, anda perlu berhenti merokok. Soal selidik ke atas hampir 5,000 lelaki di China mendapati mereka yang merokok lebih sekotak sehari mempunyai kecenderungan sebanyak 60% mengalami masalah mati pucuk berbanding bukan perokok.
Secara keseluruhan 15% perokok mengalami masalah ereksi berbanding 12% lelaki tidak merokok seperti yang dilaporkan dalam Seminar Pencegahan dan Epidemiologi Penyakit Kardiovaskular di Miami, Amerika Syarikat.
Mati pucuk bukan sekadar masalah di bilik tidur saja. Ia sebenarnya menjadi petanda paling penting kepada pelbagai masalah kesihatan lain dan merokok akan menyebabkan tahap kesihatan anda bertambah buruk.
Hilang penglihatan - terutama perokok berumur. Perokok mempunyai risiko empat kali lebih tinggi untuk menjadi buta disebabkan kemerosotan makular akibat penuaan. Lebih 25% kes kemerosotan makular yang boleh membawa kepada kebutaan berkaitan dengan tabiat merokok. Berhenti merokok boleh merendahkan risiko ini dan memanjangkan hayat penglihatan anda.
Artritis Reumatoid - Individu yang mempunyai genetik lemah akan lebih mudah mendapat artritis reumatoid jika mereka merokok. Kajian penyelidik Sweden mendapati risikonya ialah 16 kali lebih tinggi berbanding individu tidak merokok.
Berdengkur - Masalah yang memalukan ini biasanya lebih buruk di kalangan perokok. Bahkan pasangan anda yang tidak merokok juga akan mendapat kesannya. Lebih 24% perokok tidur berdengkur berbanding 20% kumpulan yang sudah berhenti merokok dan hanya 14% bagi golongan tidak pernah merokok.
Perokok sekunder (orang yang tidak merokok tetapi terdedah kepada asap rokok) juga mendapat tempiasnya. Kajian mendapati 20% individu yang menghidu asap rokok di rumah berdengkur.
Kanser payudara - Wanita yang mula merokok sebelum berumur 20 tahun atau sekurang-kurangnya 5 tahun sebelum mereka hamil dan merokok bagi tempoh yang lama mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mendapat kanser payudara.
Kadar kelaziman kanser payudara di kalangan perokok dan perokok sekunder ialah 30% dan ini adalah jumlah yang membimbangkan kerana jumlah perokok wanita kian bertambah setiap tahun. Kanser payudara pula adalah antara penyakit yang belum ada cara untuk mencegahnya.
Biasanya ibu amat marah dan kecewa jika bayi mereka digigit nyamuk tetapi ramai yang tidak sedar dengan merokok mereka sebenarnya mendedahkan anak kesayangan kepada lebih banyak ancaman kesihatan. Jadi jika anda benar-benar sayangkan anak, berhentilah merokok


Sunday, 19 June 2011

Puasa cara terbaik berhenti merokok

Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh merupakan satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu.
Sebagai suatu bahan psikoaktif, nikotin lebih mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu-tisu saraf dan otak berbanding bahagian badan lain. Di smaping itu ia juga tapak-tapak tertentu di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah selain otak.
Secara amnya, kesan nikotin menampakkan tanda-tanda seperti rasa khayal serta ‘ringan’ pada mulanya, akibat rangsangan reseptor di saraf otak. Ini jelas kepada mereka yang berbuka dengan terus merokok.
Sungguhpun begitu setiap orang mungkin mengalami kesan yang agak berlainan kerana cara mereka menghisap rokok berbeza-beza. Walaupun nikotin umumnya tidak menyebabkan kanser, tetapi dalam rokok lebih kurang 4,000 bahan racun lain telah dikenal pasti dan antaranya disahkan boleh menyebabkan kanser.
Yang amat ketara sekali ialah kesan dadah nikotin pada otak. Antara lain ia boleh membuat seseorang itu mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau pening yang dirasakan ketika mula-mula merokok.
Peratusan perokok yang ketagih kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang itu.
Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.
Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok.
Ekoran daripada itu, seperti mana dadah-dadah lain, seseorang yang keputusan bekalan rokoknya akan merasa tidak selesa dan menjadi terdesak untuk menghisap rokok, malah ada yang gian. Rasa gian ini timbul kerana tanpa rokok dadah nikotin yang terserap dalam tubuh khususnya dalam darah (khususnya di otak) menjadi semakin rendah dan akhirnya dapat menjejaskan keselesaan seseorang itu.
Malah perasaan gian jugalah yang sering mendorong seseorang itu kembali merokok semula kerana tidak sanggup dihantui perasaan tidak selesa tadi. Ini termasuk keadaan seperti menggeletar, rasa cemas, hilang tumpuan maupun kerengsaan.
Kadang kala si perokok merasa pening, berpeluh ataupun tidak senang diam selagi ‘bekalan’ nikotin dalam tubuhnya (terutama otak) tidak dapat ditingkatkan semula.
Dalam masa tujuh saat setelah menghisap rokok, dadah nikotin akan mula masuk ke otak. Bayangkan setiap batang rokok yang dihisap, anggaran 1 miligram(mg) dadah nikotin terserap ke dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan lain.
Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak pula dadah nikotin berkumpul dalam darah tubuh.
Oleh itu, semasa seseorang itu kehabisan rokok, kesannya merosot sehingga begitu ketara sekali. Inilah sebabnya mengapa seseorang itu sanggup berbuat apa saja untuk terus merokok.
Semasa berbuka, rokok akan menjadi pilihan utama. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok, tanda-tanda gian, gelisah, tidak cukup tidur, tidak sabar, tidak memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau, lapar, masalah usus perut, sakit kepala, pening akan dialami. Kesan-kesan gian seperti ini umumnya akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk reda, melainkan rasa kemaruk tembakau (kesan pergantungan mental).
Rasa kemaruk kadang kala berlarutan tetapi ia beransur-ansur lebih mudah ditangani kemudiannya. Selalunya seorang itu akan kembali merokok dalam minggu pertama setelah berhenti merokok.
Tekanan
Untuk mengatasi semua ‘tekanan’ ini, berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok.
Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.
Berpuasa merupakan satu-satunya cara baik. Di sini letaknya soal azam. apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.

Sunday, 12 June 2011

Nikmat Berhenti Merokok.

Mohammad Ameen
“BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, ( gambar) bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.
Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.
Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.
“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.
“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.
“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.
Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.
“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.
Kokain
Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.
“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.
“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.
“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.
“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.
Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.
“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?
“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.
“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.

“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.
Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.
Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.
“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.
“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.
“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya. – ASIAN IMAGE

Credit : Kosmo

Friday, 10 June 2011

Thursday, 9 June 2011

5 kawasan di Melaka diwartakan zon bebas asap rokok


MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini.


Bagaimanapun, Liow berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut. 

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. 

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium, katanya. 

Beliau berkata, tahun ini, kementeriannya melancarkan "perang" terhadap penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung dan pelbagai jenis kanser, dimana tabiat merokok adalah faktor penting menyumbang kepada penyakit tersebut. 
Katanya, pelaksanaan zon bebas asap rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara yang segar tanpa asap rokok. 

Mengulas nilai kompaun terhadap kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Liow berkata, antara Januari dan April tahun ini, nilai kompaun yang dikeluarkan ialah hampir RM1 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM756,988 telah dibayar. - BERNAMA 
credit : Berita Harian


INFO: Zon Larangan Merokok Melaka
·  Bandar Warisan Dunia - meliputi sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A’Farmosa dan persisiran Sungai Melaka. Kawasan perumahan dan komersil yang bersejarah serta bangunan keagamaan sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock (Jalan Heren), Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Jalan Tokong/Tukang Emas/Tukang Besi dan Jalan Kampung Pantai, Jalan Merdeka, Jalan Kota Laksamana, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tan Chang Yan, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Banda Kaba dan Jalan Chan Koon Cheng.
·  Melaka Raya - premis kedai, hotel, pusat beli belah termasuk Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
·  Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) - bangunan kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Menara Persekutuan, Wisma Negeri, bangunan komersial dan perniagaan seperti Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Kota Fesyen dan hotel. 

Anti Drug Cartoon

Boy loses everything. A video I made formy health class. was a grade

Sunday, 5 June 2011

Kempen Anti-Dadah (Ganja)

Iklan TV Kempen Anti-Dadah (Ganja) oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...