PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
PPDA SMK PENDETA ZA'BA
CIKGU FARID
Photobucket
mILZ Photobucket iKHA Photobucket aMAL Photobucket iKRAM Photobucket
nABIHAH Photobucket aFIQ Photobucket hAZIQ Photobucket aINAA Photobucket
aZRAI Photobucket hAJAR Photobucket iDZHAM Photobucket

Thursday, 7 July 2011

Akta & Undang-undang Dadah

Bil.UNDANG-UNDANG DADAHTUJUAN AKTA
1.AKTA DADAH BERBAHAYA 1952Suatu akta bagi membuat peruntukan selanjutnya yang lebih baik untuk mengawal pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan dan penggunaan candu dan beberapa bahan dan dadah merbahaya tertentu. Membuat peruntukkan khas berhubung dengan bidang kuasa Mahkamah terhadap kesalahan-kesalahan yang tertakhluk dibawahnya dan perbicaraan Mahkamah.
2.AKTA PENAGIH DADAH.
(RAWATAN DAN PEMULIHAN)
1983 - (PINDAAN) 1998
Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 (Pindaan) 1998 digubal bertujuan untuk memberi rawatan dan pemulihan kepada penagih-penagih dadah. Selain merupakan proses rawatan lanjutan yang menitik beratkan mengawasan keatas penagih-penagih bertujuan memastikan mereka tidak mengulangi pengagihan mereka.
3.AKTA DADAH BERBAHAYA
(LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Suatu akta bagi membuat peruntukan mengenai tahanan pencegahan orang-orang yang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubung dengan atau yang membuat pengedaran dadah berbahaya.
4.AKTA DADAH BERBAHAYA
(PERLUCUTHAKAN HARTA) 1988
Suatu akta bagi membuat peruntukan-peruntukan mengenai kesalahan-kesalahan berhubung dengan harta dan mengenai penyitaan dan perlucuthakan harta yang berkaitan dengan aktivit yang ada hubungan dengan kesalahan-kesalahan dibawah Akta Dadah Berbahaya 1952.
5.AKTA RACUN 1952Suatu akta untuk mengawal pengimportan, pemilikan, pengeluaran, penjualan dan penggunaan racun. "Racun" bermaksud bahan-bahan yang dinamakan dan disenaraikan di dalam Senarai Racun dan termasuk apa-apa campuran, penyediaan, solusi atau yang asli yang mengandungi bahan-bahan tersebut apa-apa penyediaan atau bahan-bahan yang terkandung di dalam Jadual Kedua Akta ini.

semua akta dan undang - undang akan LINK ke laman sesawang PEMADAM, Jika ingin tahu hukuman yang akan dikenakan sila klik kepada akta yang anda mahu.. dan akan link terus ke laman sesawang PEMADAM
KREDIT : PEMADAM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...