HIV tidak merebak melalui bersalaman, sentuhan, batuk-batuk, berenang, gigitan serangga, tempat duduk, berkongsi tandas, berhimpit-himpit di tempat sesak ….. anda tidak perlu bimbang bila menjalankan aktiviti seharian anda di kalangan orang ramai.
Tanda-Tanda AIDS
Tanda-tanda yang ketara :
- Susut berat badan lebih daripada 10%
- Demam berpanjangan, melebihi satu bulan
- Cirit-cirit yang berlarutan melebihi 3 minggu.
- Kelesuan badan yang berlanjutan.
Tanda-tanda yang lain termasuklah :
- Batuk-batuk berterusan, penyakit kulat di mulut, gatal-gatal kulit dan bengkak kelenjar yang melebihi satu bulan.
- Tanda-tanda ini terdapat juga pada penyakit biasa yang tidak merbahaya.
- Dapatkan nasihat doktor anda jika ada apa-apa keraguan tentang punca masalah kesihatan anda.
Jika anda fikir anda dijangkiti HIV, anda dinasihati menjalankan ujian darah. Ujian darah adalah untuk memberi petunjuk awal sekiranya seseorang itu dijangkiti HIV. Keputusan ujian HIV adalah sulit. Kerahsiaannya terpelihara.
Jadilah manusia yang bertanggungjawab. Lakukanlah ujian HIV untuk kebaikan semua.
No comments:
Post a Comment