PhotobucketPhotobucket Photobucket Photobucket
PPDA SMK PENDETA ZA'BA
CIKGU FARID
Photobucket
mILZ Photobucket iKHA Photobucket aMAL Photobucket iKRAM Photobucket
nABIHAH Photobucket aFIQ Photobucket hAZIQ Photobucket aINAA Photobucket
aZRAI Photobucket hAJAR Photobucket iDZHAM Photobucket

Sunday, 19 June 2011

Puasa cara terbaik berhenti merokok

Salah satu strategi untuk berhenti merokok adalah dengan berpuasa. Ini adalah kerana berpuasa boleh merupakan satu usaha pembentukan siasah diri ke arah yang lebih sempurna. Oleh itu bulan puasa sepatutnya dimanfaatkan untuk tujuan ini dan membuang tabiat yang merugikan itu.
Sebagai suatu bahan psikoaktif, nikotin lebih mudah berkumpul dan bertindak dalam tisu-tisu saraf dan otak berbanding bahagian badan lain. Di smaping itu ia juga tapak-tapak tertentu di badan, khasnya sistem saraf autonomik yang mengawal kadar jantung dan tekanan darah selain otak.
Secara amnya, kesan nikotin menampakkan tanda-tanda seperti rasa khayal serta ‘ringan’ pada mulanya, akibat rangsangan reseptor di saraf otak. Ini jelas kepada mereka yang berbuka dengan terus merokok.
Sungguhpun begitu setiap orang mungkin mengalami kesan yang agak berlainan kerana cara mereka menghisap rokok berbeza-beza. Walaupun nikotin umumnya tidak menyebabkan kanser, tetapi dalam rokok lebih kurang 4,000 bahan racun lain telah dikenal pasti dan antaranya disahkan boleh menyebabkan kanser.
Yang amat ketara sekali ialah kesan dadah nikotin pada otak. Antara lain ia boleh membuat seseorang itu mengalami tolerans, iaitu penyesuaian badan terhadap kesan-kesan seperti mual, muntah-muntah, atau pening yang dirasakan ketika mula-mula merokok.
Peratusan perokok yang ketagih kepada dadah nikotin boleh dikaitkan dengan bilangan rokok yang dihisap oleh seseorang itu.
Tabiat merokok menghasilkan sekurang-kurangnya dua jenis pergantungan. Pertama pergantungan psikologi atau mental. Ini termasuklah keselesaan bersosial yang sering dijadikan alasan untuk terus merokok. Malah ada perokok yang mendakwa kononnya merokok boleh memberikan ilham atau motivasi untuk mencapai matlamat.
Kedua pergantungan fizikal atau jasmani di mana seseorang itu mengalami ketagihan dan menyebabkan pelbagai kesan jasmani apabila ia berhenti merokok.
Ekoran daripada itu, seperti mana dadah-dadah lain, seseorang yang keputusan bekalan rokoknya akan merasa tidak selesa dan menjadi terdesak untuk menghisap rokok, malah ada yang gian. Rasa gian ini timbul kerana tanpa rokok dadah nikotin yang terserap dalam tubuh khususnya dalam darah (khususnya di otak) menjadi semakin rendah dan akhirnya dapat menjejaskan keselesaan seseorang itu.
Malah perasaan gian jugalah yang sering mendorong seseorang itu kembali merokok semula kerana tidak sanggup dihantui perasaan tidak selesa tadi. Ini termasuk keadaan seperti menggeletar, rasa cemas, hilang tumpuan maupun kerengsaan.
Kadang kala si perokok merasa pening, berpeluh ataupun tidak senang diam selagi ‘bekalan’ nikotin dalam tubuhnya (terutama otak) tidak dapat ditingkatkan semula.
Dalam masa tujuh saat setelah menghisap rokok, dadah nikotin akan mula masuk ke otak. Bayangkan setiap batang rokok yang dihisap, anggaran 1 miligram(mg) dadah nikotin terserap ke dalam tubuh, termasuk otak, bersama bahan lain.
Menghisap 10 batang rokok akan mengalami kesan tindakan nikotin sepuluh kali ganda dan seterusnya. Lebih banyak rokok dihisap, lebih banyak pula dadah nikotin berkumpul dalam darah tubuh.
Oleh itu, semasa seseorang itu kehabisan rokok, kesannya merosot sehingga begitu ketara sekali. Inilah sebabnya mengapa seseorang itu sanggup berbuat apa saja untuk terus merokok.
Semasa berbuka, rokok akan menjadi pilihan utama. Satu kajian menunjukkan dalam masa seminggu selepas berhenti merokok, tanda-tanda gian, gelisah, tidak cukup tidur, tidak sabar, tidak memberi tumpuan, keresahan, kemaruk tembakau, lapar, masalah usus perut, sakit kepala, pening akan dialami. Kesan-kesan gian seperti ini umumnya akan mengambil masa 2 hingga 4 minggu untuk reda, melainkan rasa kemaruk tembakau (kesan pergantungan mental).
Rasa kemaruk kadang kala berlarutan tetapi ia beransur-ansur lebih mudah ditangani kemudiannya. Selalunya seorang itu akan kembali merokok dalam minggu pertama setelah berhenti merokok.
Tekanan
Untuk mengatasi semua ‘tekanan’ ini, berpuasa merupakan satu latihan yang amat berfaedah khususnya untuk mengatasi pergantungan akibat merokok. Ini terbukti kerana semasa berpuasa ramai yang dapat menahan diri daripada merokok.
Persoalannya mengapa sebaik saja berbuka puasa ataupun Hari Raya tidak kurang pula yang kembali merokok. Di sini letaknya niat satu proses mental yang boleh mengatasi tabiat merokok.
Berpuasa merupakan satu-satunya cara baik. Di sini letaknya soal azam. apa lagi dengan kesedaran bahawa amalan rokok itu sering berlawanan dengan kehendak agama dari segi pembaziran wang dan usia.

Sunday, 12 June 2011

Nikmat Berhenti Merokok.

Mohammad Ameen
“BERHENTILAH merokok. Simpan duit itu untuk buat kebaikan,” pesan Mohammad Ameen, 30, ( gambar) bekas perokok tegar yang mula merokok sejak belasan tahun lagi itu.
Lelaki yang berasal dari England Utara itu pernah membelanjakan sehingga RM30 sehari untuk menampung kos ketagihannya itu.
Namun, pada bulan Ramadan 2008, beliau memutuskan untuk berhenti sepenuhnya menghisap 25 batang rokok sehari yang selama ini dilakukannya itu.
“Seorang cendekiawan memberitahu saya merokok itu haram kerana apabila seseorang itu merokok dia sebenarnya sedang memusnahkan dirinya sendiri.
“Kita semua tahu bahaya merokok jadi memang benarlah kita merosakkan tubuh kita.
“Tambahan pula, pakar perubatan mengatakan perokok sebenarnya sedang membunuh diri dengan perlahan,” ujarnya.
Bagaimanapun, ketika memutuskan untuk berhenti merokok, Mohammed Ameen sudah pun memasang niat yang besar.
“Ketika saya memutuskan untuk berhenti merokok saya juga berjanji untuk menggunakan wang perbelanjaan untuk rokok itu untuk melakukan penghijrahan spritual yang paling besar dalam hidup saya, iaitu mengerjakan haji,” kata Mohammed Ameen.
Kokain
Akuinya, sukar sekali untuknya berhenti merokok. Namun, Mohammed Ameen nekad bahawa ia bukan sesuatu yang mustahil untuk dilakukan walaupun adakalanya beliau sendiri berasa ragu-ragu usaha itu akan berhasil.
“Ia merupakan satu usaha yang paling sukar saya pernah lakukan dalam hidup saya kerana saya sangat seronok menghisap rokok, setiap batang yang pernah saya hisap.
“Jadi ketika berhenti merokok, ia amat sukar. Tetapi kerana saya sudah nekad dan sanggup mengharunginya, akhirnya saya berjaya juga.
“Selepas dua tahun, rasa mengidam untuk menghisap rokok sudah hilang tetapi keinginan itu masih ada. Keluarga saya juga sangat gembira apabila mereka tahu saya sudah berhenti merokok.
“Tak sangka saya berhabis sehingga RM14,991 untuk merokok dalam setahun!” luahnya.
Biarpun berat untuk ditanggung, Mohammed Ameen berasakan keputusan untuk berhenti merokok merupakan keputusan terbaik yang pernah dilakukan dalam hidupnya.
“Saya tahu pada bulan Ramadan ramai yang cepat-cepat merokok sebaik saja berbuka puasa. Tetapi kalau difikirkan sejenak, selepas menahan diri daripada merokok selama 18 jam kenapa tidak dilanjutkan tempoh itu sehingga 24 jam?
“Daripada menggunakan duit itu untuk melayan ketagihan seperti itu, lebih baik gunakannya untuk kebajikan.
“Ramai yang tidak sedar ada begitu banyak bahan kimia dalam sebatang rokok. Sejumlah 85 peratus daripada kes kanser paru-paru berlaku disebabkan tabiat merokok.

“Malah, bukan perokok saja yang menderita, orang di sekelilingnya juga menyedut toksin berbahaya ketika berada dekat dengan mereka,” kongsi Mohammed Ameen.
Pada hari ini, Mohammed Ameen sudah berada di bumi Mekah dan bersedia untuk mengerjakan haji.
Malah, Penasihat Kesihatan Berhenti Merokok NHS itu kini menggunakan pengalamannya itu untuk menasihati perokok tegar yang lain agar mempertimbangkan keputusan untuk berhenti merokok.
“Saya bermula sebagai sukarelawan di sini tetapi kemudian saya berasa saya boleh memberi nasihat kepada orang lain.
“Memanglah saya sendiri berhenti merokok secara mengejut tanpa menggunakan sebarang bentuk gantian namun saya harap orang lain akan menggunakan apa jua bentuk bantuan yang diperlukan untuk berhenti merokok.
“Pergilah dapatkan nasihat daripada pusat-pusat pemulihan berdekatan tempat tinggal anda. Saya sudah berjumpa ramai perokok yang gagal berhenti merokok kerana mereka tidak mempunyai sokongan yang berterusan,” pesannya. – ASIAN IMAGE

Credit : Kosmo

Friday, 10 June 2011

Thursday, 9 June 2011

5 kawasan di Melaka diwartakan zon bebas asap rokok


MELAKA: Lima kawasan seluas 338 hektar di Melaka diisytiharkan sebagai zon bebas asap rokok mulai 15 Jun ini, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai. 

Beliau berkata, kawasan tersebut ialah bandar warisan dunia Melaka, Melaka Raya, Melaka International Trade Centre (MITC), pusat bandar Alor Gajah dan pusat bandar Jasin.

"Sesiapa yang didapati menghisap rokok di zon bebas asap rokok itu boleh dikenakan kompaun yang lazimnya sebanyak RM300 walaupun kompaun maksimum RM5,000," katanya selepas merasmikan sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia di Bandar Hilir di sini, hari ini.


Bagaimanapun, Liow berkata, premis atau kawasan milik individu yang terdapat dalam lima kawasan tersebut dikecualikan daripada larangan tersebut. 

Beliau berkata, Melaka adalah negeri pertama yang mewartakan kawasan yang luas sebagai zon bebas asap rokok yang menunjukkan kerajaan Melaka dan Kementerian Kesihatan adalah serius dalam melindungi orang ramai terutama wanita dan kanak-kanak daripada terdedah kepada asap rokok yang memberi kesan buruk kepada kesihatan. 

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan mewartakan 21 tempat yang dilarang merokok seperti hospital, dalam kenderaan awam, institusi pendidikan, kompleks beli belah dan stadium, katanya. 

Beliau berkata, tahun ini, kementeriannya melancarkan "perang" terhadap penyakit yang tidak berjangkit seperti diabetes, serangan jantung dan pelbagai jenis kanser, dimana tabiat merokok adalah faktor penting menyumbang kepada penyakit tersebut. 
Katanya, pelaksanaan zon bebas asap rokok itu diharap dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka yang inginkan udara yang segar tanpa asap rokok. 

Mengulas nilai kompaun terhadap kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004, Liow berkata, antara Januari dan April tahun ini, nilai kompaun yang dikeluarkan ialah hampir RM1 juta dan daripada jumlah itu, sebanyak RM756,988 telah dibayar. - BERNAMA 
credit : Berita Harian


INFO: Zon Larangan Merokok Melaka
·  Bandar Warisan Dunia - meliputi sekitar Bukit St. Paul yang menempatkan beberapa bangunan kerajaan, muzium, gereja, bangunan Stadthuys, Kota A’Farmosa dan persisiran Sungai Melaka. Kawasan perumahan dan komersil yang bersejarah serta bangunan keagamaan sepanjang Jalan Tun Tan Cheng Lock (Jalan Heren), Jalan Hang Jebat (Jonker Street), Jalan Tokong/Tukang Emas/Tukang Besi dan Jalan Kampung Pantai, Jalan Merdeka, Jalan Kota Laksamana, Jalan Ong Kim Wee, Jalan Tan Chang Yan, Jalan Munshi Abdullah, Kampung Banda Kaba dan Jalan Chan Koon Cheng.
·  Melaka Raya - premis kedai, hotel, pusat beli belah termasuk Dataran Pahlawan dan Mahkota Parade.
·  Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC) - bangunan kerajaan seperti Wisma Persekutuan, Menara Persekutuan, Wisma Negeri, bangunan komersial dan perniagaan seperti Pusat Boling Antarabangsa Melaka, Kota Fesyen dan hotel. 

Anti Drug Cartoon

Boy loses everything. A video I made formy health class. was a grade

Sunday, 5 June 2011

Kempen Anti-Dadah (Ganja)

Iklan TV Kempen Anti-Dadah (Ganja) oleh Agensi Anti-Dadah Kebangsaan dan Kerajaan Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...